CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, May 18, 2008

KENALI 6 TOKOH VIDEO DATUK VK LINGAM

"Suruhanjaya yang menyiasat klip video Datuk V.K. Lingam itu mengesyorkan supaya keenam-enam mereka disiasat di bawah Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan kerana menghalang proses keadilan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri keempat, memimpin Malaysia dari 1981 hingga 2003.Beliau yang kini berusia 83 tahun dilabelkan sebagai lantang mengkritik dan bersuara dalam banyak isu antarabangsa. Dr. Mahathir merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang meminda Perlembagaan bagi mengawal kekebalan diraja dan membawa reformasi perundangan dan kehakiman di Malaysia.


Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, 56, yang dikenali sebagai Vincent Tan adalah seorang ahli perniagaan terkenal di Malaysia.Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Industrial Berhad yang mengawal perniagaan seperti golf, harta, resort dan yang berkait dengan Berjaya Group.Beliau juga telah menguruskan perkhidmatan TV berbayar kedua di Malaysia, MiTV yang telah dilancarkan pada September 2005.


Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 58, merupakan bekas Menteri Pelancongan dan kini merupakan Ahli Parlimen Putrajaya, pertama kali dipilih tahun 2004.Tengku Adnan pernah menjadi timbalan menteri dalam Kabinet era Dr. Mahathir.Beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad pada 20 Mac 2008. Beliau mempunyai hubungan baik dengan Tan Sri Vincent Tan.


Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, 67, pernah memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Malaysia bermula tahun 2003 hingga 2007.


Tun Mohamed Eusoff Chin, 73, juga merupakan bekas Ketua Hakim Negara pada tahun 1994 hingga 2000. Beliau juga merupakan pengerusi syarikat swasta.

Sumber Laporan: mStar disini

MalaysiaDilulus terbit pada Saturday, May 17 @ 15:50:45 MYT oleh greenboc Oleh alhusseyn

0 comments: